Monday, December 21, 2009

Gbpusd dan Gbpjpy

Malas betul aku nak buat analisa pasal pair gila ni, tapi aku tetap kena buat jugak pasal ni la sumber pendapatan aku selama ni, jadi terus pada analisa utk gu aku tgk sell masih lagi kuat dan kalau takda masalah pair ni kalau break low jumaat ni downtrend d1 berterusan sampai 1.54++ itu kiraan aku gj lak kena tunggu break weekly low baru boleh kuat turun kebawah lagi sampai la tp yg aku dah post sebelum ni. Itu sahaja la buat hari ni, sekian wasalam waallahualam........

Friday, December 18, 2009

Market Huru Hara.........

Salam semua,

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431 kepada semua para trader muslim dan muslimat, semoga dgn kedatangan tahun baru islam ni kita semua akan bertambah kuat dalam melakukan suruhan dan amalan bg mengharap keredhaan Allah SWT dalam semua kerja harian kita, marilah kita sama sama berdoa semoga apa yg kita lakukan ini mendapat rahmat dan kebajikan kepada semua umat islam khas dan umat2 yg lain amnya.........amin.

Utk hari ni nampak gaya susah nak buat apa2 analisa memandangkan hari ni market kurang power selepas junaman kuat akibat fomc bagi pair usd dah bagi pair jepun pula masih dalam keadaan tidak menentu selepas BOJ news pagi tadi jadi aku pun kurang berminat nak tgk market cuma aku punya post sell gbpjpy dok merah dah ni hahahhaha dok hold sampai kena sl atau pun market turn back ikut analisa yg aku buat semlm.

Utk pair eurusd dan usdchf rasanya dah mula sideway samada utk retrace atau pun rehat seketika sebelum nak sambung balik wave 1 daily, jadi tunggu jelah sampai nampak apa nak bentuk yg akan terhasil dalam 1 ke 3 minggu lagi..........waallahualam..........

Thursday, December 17, 2009

Gbpusd dan Gbphpy

Nampaknya gu dah turn back dari tempat yg aku tunggu jadi takda la signal utk gu hari ni sebab dah terlalu byk turun hari dan aku dah masuk sell utk gj 146.20 ikut setup dari mtpredictor dan gann punya analisa, harap2 yg ni jadi la macam analisa yg aku buat ni.....1st tp 139 2nd 135 dan 130 tu kritikal level kalau pecah mmg lepas terus kebawah kalau situ ada support ada kemungkinan gj ni akan naik kuat keatas pulak jadi tunggu jelah dalam sebulan ni baru tau apa nak jadi.

Wednesday, December 16, 2009

Loss Tetap Ada......

Nampaknya trade setup hari ni kena sl 30 pips, ini semua adalah perkara biasa dalam dunia forex. Apa yg penting kita kena jaga margin supaya kalau lost pun biarlah pada tahap yg kita rasa kita mampu terima. OK overall gbpusd ni still dalam correction wavenya dan skrg ni aku nak tunggu kat 1.6450 - 1.6500 area sebelum nak buat analisa baru. Major trend kat d1 masih lagi turun cuma belom tiba masanya. Sedikit analisa utk pair eu dgn uchf utk hari ni kedua pair tu dah mulakan corrective wave by d1 jadi sapa nak masuk kat pair tu kena jaga2 kerana corrective wave biasanya byk pullback dan whipshaw.

Free Signal

Sell gu at 1.6235 sl 30 pips selepas price tu triggered tp 30 pips dan kalau rasa nak hold lama pun boleh tp 50 pips pastu buat trailing stop 30 pips.

Tuesday, December 15, 2009

Tips Utk GbpUsd

Apa yg aku boleh buat skrg ni hanyalah memberi sedikit tip kepada mereka yg baru nak kenal forex dan aku pilih pair gbpusd sahaja kerana ianya agak senang utk kita dapat target yg aku setkan dalam keadaan yg bergantung pada wave dan pergerakannya. Utk hari ni sistem aku bagi signal utk sell ptg tadi pada harga 1.6267 sl 30 pips dan tp 30 pips. Kepada sesiapa yg nak follow tips ni boleh masuk tgk pada blog ni setiap hari selepas pukul 3 ptg setiap hari.

Target dan sl tu bergantung pada keadaan market dan wave pattern yg aku kena analisa terlebih dahulu, semua ini perlukan masa dan pemahaman dalam menentukan arah trend semasa utk setiap hari bagi pair ini.

Kenapa Ramai Gagal Dalam Dunia Forex

Salam semua peminat peminat forex,

Pertama sekali ingin saya nyatakan kenapa terlalu ramai org yang gagal bila cuba berurusan dalam dunia forex ialha kerana mereka semua mencari satu kaedah atau sistem yg boleh memberikan jaminan keuntungan sahaja dan tidak mahu ada sedikit pun kerugian dalam setiap position yg dilakukan. Ini adalah salah satu punca kenapa mereka gagal kerana tidak ada satu pun sistem dalam dunia kewangan ini dapat memberikan jaminan keuntungan sepanjang masa dan jika ada sistem yg betul2 boleh memberikan keuntungan pasti ada jumlah yang tertentu yg diambil kira terlebih dahulu utk menampung kerugian yg bakal diterima. Jadi lebih mudah utk kita setkan dalam apa pun keadaan jika berlaku kesilapan dalam menentukan position yg bakal kita ambil dgn mengambilkira tahap kerugian yg boleh kita tanggung.

Oleh itu kita semua mesti ada "money management control and risk reward ratio" terlebih dahulu sebelum kita mulakan urusniaga forex kerana dgn adanya sistem itu maka kita ada berlapang dada jika salah dan akan mendapat keuntungan yg bagus jika betul. Inilah perkara pokok yg perlu diutamakan sebelum kita mahu melangkah lebih jauh lagi dalam dunia forex.